Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak

MAJLIS PEMASYHURAN DAN BACAAN IKRAR BADAN KEPIMPINAN MURID SRIAAG SESI 2021

25-Feb-2021

MAJLIS TAKLIMAT KURIKULUM, KO-KURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

09-Feb-2021

MINGGU SUAI KENAL 2021 20 - 22 JANUARI 2021

28-Jan-2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

21-Jan-2021


Image News
MAJLIS PEMASYHURAN DAN BACAAN IKRAR BADAN KEPIMPINAN MURID SRIAAG SESI 2021
25-Feb-2021

Selanjutnya


Image News
MAJLIS TAKLIMAT KURIKULUM, KO-KURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID TAHUN 4, 5 DAN 6
09-Feb-2021

 

Pada 6 Februari 2021, satu sesi taklimat telah diadakan bagi memberi penerangan mengenai program-program serta perjalanan sekolah untuk sesi 2021 kepada ibu-bapa murid tahun 4, 5 dan 6. Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari telah dihadiri oleh sebilangan besar ibu-bapa melalui medium Google Meet. Taklimat telah diberi oleh Guru Penolong Kanan serta guru-guru kanan bahagian masing-masing.

.... Selanjutnya


Image News
MINGGU SUAI KENAL 2021 20 - 22 JANUARI 2021
28-Jan-2021

Minggu Suai Kenal 2021(MSK 21) telah diadakan pada 20 - 22 Januari 2021. Program dimulai dengan perhimpunan mingguan pertama secara dalam talian. Semua murid-murid tahap 1 dan 2 telah menghadiri perhimpunan yang julung kali diadakan. Perhimpunan dimulai dengan zikir asmaul husna dan diikuti oleh nyanyian lagu sekolah dan ucapan Guru Besar, Puan Nazariah bt Abdul Rahman. Sepanjang minggu murid telah mengikuti beberapa sesi taklimat iaitu taklimat disiplin, taklimat halaqah, taklimat kelab dan .... Selanjutnya


Image News
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
21-Jan-2021

Ahlan wa sahlan diucapkan kepada murid-murid tahun 1 hingga 6. Selamat Kembali ke sekolah untuk memulakan sesi persekolah baru 2021. Murid tahun 1 bakal menempuh satu pengalaman baru di mana mereka akan memulakan sesi persekolahan secara dalam talian. Beberapa perubahan baru telah dibuat pada sesi kali ini di mana setiap Isnin akan diadakan perhimpunan secara dalam talian. Murid-murid juga akan memakai pakaian seragam sekolah pada setiap hari Isnin. Selain itu, pakaian sukan juga akan dipakai .... Selanjutnya


Image News
PROGRAM PROGRESIF BERSAMA AL-AMIN
21-Jan-2021

16 Januari 2021
Objektif program adalah untuk memberi penerangan mengenai perjalanan sekolah dari sudut Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum. Penerangan telah diberi oleh Puan Guru Besar - Mlmh Nazariah bt Abdul Rahman, PK Kurikulum- Mlmh Zarina bt Mokhtar, PK Hem - Mlmh Ishamela bt Ismail dan PK Ko-Kurikulum - Mlmh Madihah bt Uzir. Program telah berjalan dengan lancar.

Selanjutnya


Image News
PERSARAAN DAN PENGHIJRAHAN GURU
25-Dec-2020

Selamat bersara Mlmh Raayah bt Sulaiman dan Mlmh Ruslina bt Mustaffa. Selamat berhijrah Mlmh Siti Norseha bt Zakaria.Segala jasa bakti khidmat kalian akan sentiasa menjadi kenangan dan sebutan.Jazakumullahu khairan kathiran atas khidmat,nasihat,tunjuk ajar dan kasih sayang kalian sepanjang berada di bumi SRIAAG.

Jazakallah juga buat Tuan Hj Shaharom bin Md Shariff atas ucapan yang disampaikan kepada mereka yang dirai.

Terima kasih kepada semua insan yang terlibat secara langsu .... Selanjutnya


Image News
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2020
25-Dec-2020

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Telah berlangsung dengan jayanya majlis graduasi Tahun 6 2020 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak.

Tahniah buat semua murid tahun 6 kerana telah berjaya menempuhi suka duka menuntut ilmu di sekolah ini.

Semoga ilmu yang antum peroleh di sini menjadi panduan untuk terus menjadi insan soleh wa musleh.

Enam tahun di Al-Amin Gombak,

Diasuh guru penuh dedikasi,

Teruslah maju duhai anak,

Semoga sentiasa .... Selanjutnya


Image News
PROGRAM MENITI USIA BALIGH
25-Dec-2020

18 Disember 2020 - Menutup tirai pembelajaran 'online' murid tahun 6 hari ini ialah program Meniti Usia Baligh yang yang dianjurkan oleh Unit Tarbiyah Murid dan dikendalikan oleh Puan Nurseha, Kaunselor Sriaag. Program selama 2 jam ini sangat memberi manfaat kepada anak anak tahun 6 yang bakal melangkah ke alam menengah tidak lama lagi. Semoga panduan dan tips yang diberikan dapat dipraktikkan oleh murid-murid.

.... Selanjutnya


Image News
MAJLIS PERPISAHAN MURID TAHUN 6, 2020
25-Dec-2020

15 Disember 2020 - Majlis ringkas melalui Gmeet yang berlangsung selama sejam dipenuhi dengan agenda seperti ucapan Guru Besar, Puan Nazariah Abdul Rahman, pesanan dari guru-guru kelas, Mlmh Adilah, Mlmh Siti Norsarah dan Muallim Ammar, ucapan Ketua Murid, adik Mohd Thaqif, ucapan wakil Ketua Kelas Adik Mohamad Danial serta persembahan pantun dari Penolong Ketua Murid 2020 adik Nor Yumna.

 

Selanjutnya


Image News
HALAQAH TERAKHIR SESI 2020
25-Dec-2020

12.12.2020 - Semoga halaqah tahun ini banyak memberi kesedaran dan manfaat kepada ahli halaqah. Semoga ahli sentiasa menjaga solat 5 waktu dan berakhlak mulia sepanjang masa sepertimana yang sentiasa ditekankan oleh murobbi masing-masing.

.... Selanjutnya


Image News
ROBOTIK
13-Nov-2020

Ini adalah antara hasil kerja murid Kelab Robotik iaitu Syifa' Wijdani binti Samanhudi dari kelas 5 Ubaidah.

 

>>>Unit : Pembinaan Robot

 

>>>Tajuk : Penghasilan Prototaip Robot Menggunakan Bahan-bahan Kitar Semula

 

>>>Pilihan Prototaip : Robot Animasi Kartun/ Robot Combat/ Robot Sports/ Maze Runner/ Laluan Berhalang

 

Tahniah Syifa'!

.... Selanjutnya


Image News
PROGRAM MAULIDUR RASUL
13-Nov-2020

Program Maulidur Rasul telah dianjurkan oleh Unit Tarbiyah, Hal Ehwal Murid.

Program ini telah diadakan pada 27 Oktober sehingga 8 November 2020.

" Rasulullah Saya Sayangi, Akhlaknya Saya Contohi" merupakan tema program pada tahun ini.

Ada beberapa aktiviti dipertandingkan sepanjang tempoh program berlangsung.

 

Berikut adalah senarai pemenang setiap kategori :

> Kategori Video Tahap 2     

Pertama : Hanis binti Ju .... Selanjutnya


Image News
KELAS GOOGLE MEET KELAB DAN PERMAINAN
13-Nov-2020

Kelas GMeet untuk Kelab dan Permainan berjalan dengan lancar pada hari Sabtu, 24 Oktober 2020.

Syabas guru-guru yang kreatif dan berusaha menjalankan aktiviti kokurikulum dalam talian.

Tahniah para ibu bapa yang memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran sungguhpun dalam situasi PKPB.

Kehadiran murid dikira untuk markah PAJSK.

.... Selanjutnya


Image News
PENDERAAN SENYAP DAN KEPENTINGAN TIDUR
13-Nov-2020

Link daripada unit kaunseling SRIAAG mengenai penderaan senyap dan kepentingan tidur.

Dijemput kepada semua untuk tonton.

https://youtu.be/KJeOdFRlcMl

https://youtu.be/Qaxh3lyJaag

 

.... Selanjutnya


Image News
TIPS BELAJAR
13-Nov-2020

Tips belajar untuk anak didik SRIAAG.

Tips ini telah disediakan oleh muallimah Siti Norseha binti Zakaria, Guru Kaunseling SRIAAG.

Jom tonton!

https://youtu.be/qlickF-b5yY

.... Selanjutnya


Image Banner