IKLAN JAWATAN
Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami. Calon-calon dialu-alukan memohon secara 'on-line' bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.
Syarat-syarat asas menjadi guru sekolah -sekolah di bawah PPAA adalah seperti berikut:
- Minimum Diploma untuk sekolah rendah dan Ijazah Sarjana Muda untuk sekolah menengah.
- Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi guru.
- 'Fresh Graduate' boleh cuba memohon dengan syarat telah memperolehi Ijazah/Diploma.
- Kemahiran berkomunikasi yang baik.
- Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk melalui sistem tarbiyah Al-Amin
- Warganegara Malaysia
- Sanggup bekerja di Gombak atauTaman Keramat, Kuala Lumpur.
- Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.
- Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/Makan Tengahari/Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAA'.
Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI
*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan.
Terima kasih.