Utama > Pengenalan

06-Feb-2019

SEKOLAH MENENGAH USAHAWAN AL-AMIN ULU KLANG

     Keadaan dunia yang semakin mencabar serta lonjakan kemudahan teknologi yang kian pesat pada masa kini telah menghimpit masyarakat merancang perjalanan pendidikan anak-anak dengan berhati-hati untuk memilih pelbagai kriteria yang dapat membina peribadi dan intelektual yang tinggi untuk anak-anak mereka.

 

SM Usahawan Al-Amin muncul dengan idea gagasan yang nyata untuk membina satu generasi yang dapat MENCIPTA PEKERJAAN SENDIRI KELAK. Gagasan ini disokong dengan bilangan pelajar yang terhad untuk memberi peluang yang besar bagi setiap pelajar menceburi setiap aktiviti yang disediakan.