:
CARA MEMOHON
Share:


1.Permohonan dibuka bermula 1 April sehingga 30 Jun setiap tahun untuk kemasukan tahun berikutnya.

 

2. Penjaga hendaklah mendaftar secara atas talian (online):

> Pergi ke tab Pendaftaran > Borang Pendaftaran Online

> Lengkapkan maklumat anak

> Lengkapkan maklumat ibu/bapa/penjaga

 

3. Surat panggilan untuk Ujian Kemasukan (anak) dan Temu Bual Ibu Bapa (permohonan baharu) akan dikeluarkan.

> Julai - Ogos

 

4. Hari Ujian Kemasukan dan Temu Bual Ibu Bapa akan dilaksanakan.

> Ogos - September

 

5. Keputusan Ujian Kemasukan beserta Surat Tawaran akan dikeluarkan.

> September - Oktober

 

6. Hari Suai Kenal dan pendaftaran masuk murid ke sesi persekolahan yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

 

*Bagi permohonan kemasukan selain tahun 1, tuan/puan boleh mengisi borang pendaftaran pada bila-bila masa namun pihak sekolah hanya akan menghubungi tuan/puan sekiranya ada kekosongan tempat.

*Kemasukan tidak dijamin memandangkan tempat adalah sangat terhad. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dinasihatkan agar mendaftarkan anak/anak jagaan di sekolah yang lain untuk mengelakkan masalah di masa akan datang.

*Jika ada kekosongan, proses ujian kemasukan akan dilaksanakan dan surat tawaran akan dihantar kepada tuan/puan sekiranya berjaya mendapat tempat di Al-Amin.