Nama Al-Amin: Nama institusi ini diambil dari gelaran yang diberikan kepada Rasulullah S.A.W kerana sifatnya yang amanah.
Bentuk Bulat: Logo yang berbentuk bulat melambangkan Islam yang syumul (universal).
Kaabah: Kaabah adalah sebagai lambang wehdah ummah dalam aspek ketauhidan dan pengibadatan.
Tulisan Iqra’: Tulisan Iqra’ yang tertera di atas Al-Quran membawa erti ‘baca’ – menekankan kepentingan menuntut ilmu yang membawa kepada keimanan dan kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana yang disebut dalam surah Al-Alaq.
Al-Quran: Al-Quran yang terbuka membawa erti generasi yang hendak dibina oleh Al-Amin adalah generasi yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup yang abadi.