Utama > Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar

22-Aug-2019

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE SMIAAG

 

Syarat Umum

Bil

Syarat Umum

Keperluan

1a

Umur tidak kurang dari umur tahun semasa bagi tingkatan yang dipohon

 

Contoh: Berumur 13 tahun pada 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 untuk permohonan ke Tingkatan 1 2020

Salinan Mykid / Mykad / Passport

1b

Sekiranya umur kurang daripada umur tahun semasa, pemohon harus mengemukakan kelulusan bersekolah awal

Surat kelulusan daripada BPSH, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri

2

Mempunyai prestasi akademik yang baik

1.       Laporan peperiksaan terakhir

2.       Laporan pentaksiran bilik darjah terkini

3

Berkelakuan baik dan berakhlak mulia

Surat Berhenti Sekolah lama

4

Boleh membaca Al-Quran dengan lancar

 

(Pemohon yang tidak melepasi Ujian Diagnostik wajib mengikuti kelas intensif Tilawah Al-Quran)

Hadir Ujian Diagnostik Tilawah pada tarikh yang ditetapkan

5

Boleh menulis dalam tulisan jawi

 

(Pemohon yang tidak boleh / lemah dalam penulisan jawi wajib mengikuti kelas intensif Tulisan Jawi)

Hadir Ujian Diagnostik Tulisan Jawi pada tarikh yang ditetapkan

6

Menguasai asas Bahasa Arab

 

(Pemohon tidak menguasai / tanpa asas Bahasa Arab wajib mengikuti kelas intensif Bahasa Arab)

Laporan Peperiksaan terkini / sijil kursus Bahasa Arab yang disahkan

7

Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Laporan PAJSK / Laporan Kokurikulum / Sijil Penyertaan Aktiviti Luar

 

 

Syarat Khusus Akademik

Tingkatan Dipohon

Kategori Pelajar

Syarat Khusus

1, 2, 3

Dengan Akademik

Seperti Syarat Umum

Tanpa Akademik

4

Dengan Akademik

Menyediakan laporan berikut:

1.       Laporan PBD Terkini

2.       Laporan PT3 / Laporan peperiksaan terakhir yang diambil

3.       Laporan PAJSK

4.       Laporan PPSi

Tanpa Akademik

1.       Penerimaan atas budi bicara pengetua

2.       Mengambil inisiatif sendiri untuk mengikuti sukatan tahun-tahun yang tertinggal

3.       Syarat-syarat lain yang difikirkan perlu

5

Dengan Akademik

Menyediakan laporan berikut:

1.       Laporan PBD Terkini

2.       Laporan peperiksaan terakhir yang diambil

3.       Laporan PAJSK

Tanpa Akademik

1.       Penerimaan atas budi bicara Pengetua

2.       Bersetuju untuk melalui tingkatan 4 terlebih dahulu, dan

3.       Bersetuju untuk mendaftar SPM dengan subjek teras/ teras agama sahaja

 

*Permohonan yang tidak memenuhi syarat adalah tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Rekod & Kemasukan