Utama > KANTIN

09-Jan-2020

Tempahan Kantin:

 

Nota:

  1. Klik di sini untuk membuat tempahan.
  2. Pilih Gelanggang samada Kantin SRIAAG atau Kantin SMIAAG.
  3. Pilih tarikh dan slot masa yang dikehendaki.
  4. Isikan butiran yang diperlukan.
  5. Untuk membuat tempahan bagi satu jangka masa yang lama, isikan maklumat tempahan pada tempahan pertama, dan hanya klik dan simpan untuk semua slot tempahan yang diperlukan.

 

SYARAT-SYARAT PENYEWAAN
1.

Keperluan sekolah akan diberi keutamaan sekiranya berlaku pertindihan dan bayaran deposit akan dikembalikan.

2.

Pengguna penyewa adalah dikehendaki membuat bayaran ketika membuat tempahan sewaan selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh tempahan. Pihak PPAA berhak memberi sewaan kepada pihak lain jika bayaran tidak diterima.

3.

Pengguna yang terdiri daripada kakitangan, pelajar ataupun pertubuhan yang bernaung di bawah PPAA, mestilah melampirkan surat/ memo program yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar ketika membuat permohonan penggunaan penyewaan ruang.

4.

Sebarang pembatalan atau penangguhan hendaklah dimaklumkan 7 hari lebih awal dari tarikh penggunaan sesuatu ruang/ kawasan/ peralatan berkenaan.

5.

Pihak PPAA tidak bertanggungjawab menyusun atur peralatan untuk kegunaan penyewa.

6.

Penyewa pengguna bertanggunjawab terhadap keselamatan peralatan sepanjang penggunaan penyewaan.

7.

Pengguna penyewa adalah bertanggugjawab membayar gantirugi terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.

8.

Semua peralatan yang digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.

9.

Pihak PPAA berhak mengambil wang deposit RM50.00 sekiranya kebersihan kawasan ruang tidak dijaga atau peralatan tidak disusun semula seperti kedudukan asalnya.

10.

Pihak PPAA tidak boleh sama sekali disabitkan dalam apa jua keadaan sekalipun sekiranya program yang dianjurkan tidak mengikut lunas undang-undang yang digunapakai dalam negara.

Nota:  * Penyewa bertanggungjawab memastikan program tersebut sah di sisi undang-undang.