Utama > Tempahan Van PPAAB

08-Jan-2020

Tempahan Van PPAAB: 

 

Nota:

  1. Klik di sini untuk membuat tempahan
  2. Isikan nama pemohon dan pemandu.
  3. Hantarkan screenshot lesen memandu di sini.
  4. Untuk membuat tempahan bagi satu jangka masa yang lama, isikan maklumat tempahan pada tempahan pertama, dan hanya klik dan simpan untuk semua slot tempahan yang diperlukan.

 

GARIS PANDUAN
1.

Penggunaan van PPAAB hanyalah untuk kegunaan rasmi sekolah/PPAAB sahaja dan dilarang menggunakan van PPAAB untuk kegunaan peribadi.

2.

Tempahan penggunaan van PPAAB hendaklah dirancang lebih awal mengikut prosedur ditetapkan.

3.

Pemohon/ Peminjam/ Pemandu Van hendaklah bertanggungjawab & menjaga serta memastikan keadaan van berada dalam keadaan baik sepanjang program berjalan.

4.

Pemandu Van juga AKAN menanggung semua KOS baik pulih kerosakan van sekiranya berlaku kemalangan di atas kecuaian pemandu sendiri. Tanggungjawab adalah sepenuhnya dibawah Pemandu Van. (bergantung kepada kes dan budi bicara pihak pengurusan PPAAB)

5.

Pemandu harus menghubungi/ memaklumkan kepada Pengurus Van/ Pembantu Pengurus Van dengan kadar segera sekiranya berlaku kecemasan.

6

Pemohon/ Peminjam/ Pemandu Van perlu memastikan van dalam keadaan bersih dan kemas selepas digunakan.

7.

Pengurus van berhak membatalkan kelulusan awal yang telah diberi sekiranya terdapat keutamaan lain yang lebih mendesak.

8.

Sekiranya program tersebut tidak memenuhi syarat program rasmi sekolah, Pengurus Van boleh menentukan bahawa hanya penggunaan van sahaja dibenarkan (dengan/ tanpa sewa) tanpa peruntukan minyak atau tol.

9.

Pengurusan (Pengetua/ GB/ Pengurus) bertanggungjawab menentukan dan mengesahkan bahawa penggunaan van tersebut untuk program rasmi PPAAB.

10.

Pengurus Van diberi kuasa untuk menggantikan Pengurus Kualiti & Tadbir untuk meluluskan penggunaan van sekiranya perlu.