:
FAQ PPAAB
Share:


 FAQ PPAAB

 

1. Adakah pelajar Al-Amin Sekolah Rendah akan mengalami cabaran sekiranya pelajar tersebut menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan? Pelajar akan ‘culture shock’ dan ke arah negatif.
  SRI Al-Amin ada mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh memberikan pengalaman kepada murid-murid dengan budaya sekolah-sekolah kebangsaan. Antaranya lawatan ke sekolah kebangsaan Cina dan penyertaan dalam pertandingan sukan Majils Sukan Daerah. Aktiviti-aktiviti ini membuat murid-murid bersedia untuk berhijrah ke Sekolah Menengah Kebangsaan.
   
2.

KPM telah menghapuskan sistem peperiksaan bagi tahap 1. Apakah mekanisme penilaian yang akan dilaksanakan di Sek SRI Al-Amin?

 

Penilaian di sekolah PPAAB adalah mengikuti 100% KPM. Kini ada Sumatif dan Formatif.

   
3.

Adakah Sijil Al-Amin akan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran di mana pelajar-pelajar boleh tak memasuki mana-mana MRSM dan universiti tempatan mahupun luar negara?

 

Sekolah PPAAB mengikuti 100% silibus KPM. Pelajar-pelajar Al-Amin boleh memohon untuk memasuki mana-mana MRSM.

   
4.

Saya menuntut Al-Ameen Eduniaga supaya telus dalam penyediaan makanan seperti tema soleh dan musleh. Apabila tidak mampu, berilah tanggunjawab tersebut kepada yang lebih layak.

 

Al-Ameen Edu Niaga Sdn Bhd telah wujud lebih 25 tahun. Bermula dengan melibatkan diri dalam pelbagai bisnes selain daripada menyediakan makanan; kami sekarang fokus kepada perniagaan makanan sahaja. Dari menyediakan makanan kepada guru dan pelajar Al-Amin, kami telah juga menyediakan makanan kepada pelajar universiti seperti UIA dan UniKL serta kepada warga kilang seperti Proton dan Texas Instrument.  Kami juga menyediakan katering untuk majlis kendiri dan program korporat termasuk makanan VIP. Ini bermakna kami mampu memberi perkhidmatan kepada syarikat antarabangsa dan bertaraf ISO. Buat masa ini kami menyediakan makanan  kepada lebih 3000 murid setiap hari.  Kami mempunyai pegawai dan pekerja yg cukup dan terlatih bagi mengendalikan operasi kami.

Sebagai anak syarikat PPAAB, sebahagian dari hasil ini kami sumbangkan semula  kepada PPAAB.

   
5.

Mengenai hidangan makanan di sekolah. Adakah pihak catering sekolah ada menyediakan makanan untuk para pelajar yang alergik kepada sesuatu makanan?

 

Kami sediakan makanan seperti  mana yang  dibincangkan dengan pihak sekolah. Sekiranya ada pelajar yang alergik kami mohon supaya pelajar tersebut mendapat  pengesahan dari pihak berwajib seperti doktor/ hospital sebagai rujukan. Setakat  ini tiada sekolah  yang  betul-betul menyediakan surat berkenaan. Kalau surat boleh disediakan kami bersedia untuk menyediakan alternatif kepada pelajar berkenaan. Makluman tanpa pengesahan adalah sukar dilayan kerana kemungkinan disalahgunakan.

   
6.

Tentang pemakanan anak-anak, adakah sumber bahan mentah dari sumber yang fresh atau frozen, seperti ayam, ikan dan daging serta sayur-sayuran dari supplier yang organik/ segar?

 

Kami amat prihatin tentang bahan-bahan mentah yang kami gunakan dalam masakan kami. Pembekal-pembekal kami kebanyakannya terdiri daripada syarikat yang berpengalaman dan juga mereka adalah pembekal kepada hospital, restoren dan pasaraya yang besar. Bahan mentah yang mereka sediakan adalah yang diamalkan dalam industri ini. Ada yang fresh dan ada yg sejukbeku. Sekiranya yang sejuk beku, penyimpanan mereka adalah mengikut piawaian industri.