Utama > MOHON KERJA

24-Jan-2019

BERMINAT MENJADI GURU/ KAKITANGAN PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN?

Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/ muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami. Calon-calon dialu-alukan memohon secara 'on-line' bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.

Syarat-syarat asas menjadi guru sekolah-sekolah di bawah PPAAB adalah seperti berikut:

  • Minimum Diploma untuk sekolah rendah dan Ijazah Sarjana Muda untuk sekolah menengah.
  • Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi guru.
  • 'Fresh Graduate' boleh cuba memohon dengan syarat telah memperolehi Ijazah/Diploma.
  • Kemahiran berkomunikasi yang baik.
  • Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk melalui sistem tarbiyah Al-Amin.
  • Tidak merokok, jujur , amanah dan berdisiplin.
  • Warganegara Malaysia
  • Sanggup bekerja di Gombak, Sungai Buluh ,Taman Keramat, Kuala Lumpur dan mana-mana cawangan Al-Amin.
  • Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/SPMV.
  • Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/ Minum Petang dan lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAAB'.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan.
Terima kasih.