:
NASYID SEKOLAH
Share:


MAJULAH AL-AMIN

Allah matlamat kami

Ar-Rasul pimpinan kami

Al-Islam cara hidup kami

Kami putera-puteri Al-Amin

Amanah Allah Rabbul A'lamin

Untuk dididik dan diasuhi

Menjadi generasi Qurani

Kami semua bersatu hati

Menuntut ilmu Islam yang suci

Sebagai penyuluh hidup kami

Menuju jalan yang diredhai

Menjadi guru tugas yang suci

Menuntut ilmu tugas yang murni

Peliharalah kewajipan ini

Semoga Allah memberkati

 

Lagu: Hasliana Hasan

Lirik: Nordin Hj Jaafar

Nyanyian: Nordin Hj Jaafar & Pelajar SMIAA- Mu’az Shaharom, Abdullah Hafiz, Muhammad Fateh, Saifullah

 

SOLEH WA MUSLEH

Kamilah warga Al-Amin

Amanah Allah tuhan Rabbul Al-Amin

Kami sentiasa berusaha menuntut

Ilmu penyuluh kehidupan ini

Belajarlah dan berusaha

Tanpa rasa jemu sepanjang masa

Berilmu dan beramal

Beriman dan bertaqwa

Demi mencapai wawasan yang mulia

Soleh wa Musleh itulah misi kita

Soleh wa Musleh usaha hingga Berjaya

Soleh wa Musleh itulah misi kita

Soleh wa Musleh usaha hingga Berjaya

Menjunjung cita mulia

Lahirkan generasi bertaqwa

Al-Amin pusat pendidikan sedunia

Doa dan usaha pasti berjaya

 

Lagu & Lirik: Nordin Hj Jaafar

Nyanyian: Nordin Hj Jaafar & Pelajar SMIAA- Mu’az Shaharom, Abdullah Hafiz, Muhammad Fateh, Saifullah

 

 

SUKAN SEKOLAH, BIAH SOLEHAH

Kini tibalah masanya

Melaksanakan amanah

Membangunkan ummah

Semangat kesukanan

Suatu perjuangan

Mencapai kejayaan

Hari sukan sekolah

Dengan biah solehah

Kemenangan kegagalan

Adat dalam perjuangan

Akhlak dalam kesukanan

Jangan kita abaikan

Bersukan sihatkan badan

Berakhlak sihatkan iman

Yang menang merendah diri

Yang kalah usaha lagi

Hari sukan sekolah dengan biah solehah...

Lagu & Lirik: Nordin Hj Jaafar

Nyanyian: Nordin Hj Jaafar & Pelajar SMIAA- Mu’az Shaharom, Abdullah Hafiz, Muhammad Fateh, Saifullah