:
JAWATAN KOSONG: EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT
Share:

Institusi : KOMPLEKS AL-AMIN GOMBAK

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memenuhi kekosongan di PPAAB.

Syarat-Syarat Kelayakan Asas, calon-calon hendaklah:

• Lelaki
• Warganegara Malaysia
• Sihat tubuh badan/ Tidak merokok
• Berperibadi Muslim
• Mempunyai lesen memandu.
• Lengkap Vaksinasi Covid-19
• Memiliki sekurang-kurangnya: Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat , Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Tugasan / Tanggungjawab:

1. Bertanggungjawab terhadap aplikasi web sedia ada dan memastikan aplikasi web sedia ada berfungsi dengan baik
2. Bertanggungjawab dalam menguruskan laman sosial PPAAB
3. Bertanggungjawab semua tugas-tugas lain berkaitan Jabatan Teknologi Maklumat
4. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua/Guru Besar/Guru Data/Kewangan/Pentadbiran.
5. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang digunakan oleh PPAAB serta menyelesaikan masalah teknikal yang timbul seperti ;

• Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan IT yang rosak seperti kerosakan papan induk, cakera keras, cakera liut, tetikus dan sebagainya (1st level support)
• Membantu dalam troubleshoot sistem rangkaian dan aplikasi sistem diperingkat sekolah.
• Membantu pentadbiran dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
• Membantu memantau dan mengurus Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan rangkaian seperti firewall, Proxy.
• Help-desk dan 1st level support (menerima aduan dan membuat troubleshoot awal kerosakan)

6. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
7. Mengurus isu-isu keselamatan sistem maklumat diperingkat sekolah serta mewujudkan kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh JPN/KPM/PPD dan Sekolah.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
9. Bersedia untuk belajar menggunakan sistem web baharu seperti ASIS.

💻 Permohonan:

● Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang PPAAB di alamat

http://my03.awfatech.com/alamin/sps/ecareer/workreg.php

● Calon yang didapati tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.