:
TERMA DAN SYARAT
Share:


SYARAT SEWAAN DEWAN:

1. Keperluan sekolah akan diberi keutamaan sekiranya berlaku pertindihan.
2. Waktu penyewaan dewan adalah seperti berikut:
  a) Majlis Siang: 10.30 am hingga 4.30 pm (Waktu Majlis: 11.30 am - 3.30 pm)
  b) Majlis Malam: 5.30 pm hingga 11.00 pm (Waktu Majlis: 6.00 pm - 10.00 pm)

 

TERMA PEMBAYARAN:

1. Pembayaran adalah berbentuk tunai atau pemindahan antara bank (Bank Transfer) sahaja.
2. Tarikh tempahan Majlis dikira rasmi selepas pembayaran deposit dijelaskan.
  Sekiranya pemohon gagal untuk menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh
  berkenaan, pihak PPAAB berhak untuk membatalkan permohonan tempahan tersebut.
 3. Pembayaran seterusnya adalah seperti berikut:
  i)  Kadar Sewa  : RM1000.00. Bayaran penuh dibuat 1 bulan sebelum majlis.
  ii) Deposit         : RM500.00 untuk tetapkan tarikh.
4. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau bank-in terus ke akaun syarikat seperti
  berikut:
  NO. AKAUN :
  BANK            :

 

TERMA PEMBATALAN:

1. Sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemohon 2 minggu sebelum dari tarikh Majlis,
  bayaran sewaan dikembalikan sepenuhnya (Deposit akan diambil sebanyak 60% dari
  bayaran).
2. Sekiranya pembatalan oleh pemohon dibuat dalam tempoh kurang dari 7 hari dari
  tarikh Majlis, bayaran sewaan tidak akan dikembalikan.
 3. Pihak PPAAB berhak membatalkan tempahan dengan serta-merta (tempoh 24 jam)
  sekiranya terdapat Program anjuran PPAAB. Segala bayaran yang telah dibuat akan
  dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang faedah atau gantirugi dengan syarat
  pengguna mengemukakan resit asal.

 

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN RUANG:

1. Dewan hendaklah digunakan pada masa dan waktu mengikut kelulusan permohonan
  sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi peraturan dan
  undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan bebas daripada sebarang unsur
  unsur politik serta sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan kekacauan.
2. Pemohon hendaklah mengmukakan resit asal kepada pegawai/ kakitangan PPAAB semasa
  hendak menggunakan dewan.
 3. Pemohon/ pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan
  peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan/ dataran semasa dan selepas penggunaan.
  Kos akan ditanggung oleh pengguna dan diminta membayar gantirugi kepada PPAAB sekiranya
  berlaku kerosakan.
4. Semua ruang di PPAAB adalah Kawasan Larangan Merokok dan makanan yang tidak Halal.
5. Pihak PPAAB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan/ kecederaan/
  kehilangan barang-barang semasa penggunaan dewan/ dataran.
6. Pengguna dilarang untuk mempamerkan gambar, kain rentang atau iklan di dinding di dalam
  dewan/ dataran atau di luar dewan/ dataran serta pertunjukan yang tidak sopan. Kebenaran
  bertulis hendaklah diperolehi daripada pihak PPAAB.
7. Pengguna hendaklah mengosongkan dewan/ dataran termasuk orang-orang, perkakasan
  dan sebagainya tidak melebihi 1 jam selepas tamat masa sewaan, jika gagal berbuat demikian,
  wang deposit sewaan tidak akan dikembalikan.
8. Sekiranya didapati bahawa pemohon telah melakukan perlanggaran syarat dan dewan didapati
  tidak berkeadaan bersih, wang deposit juga tidak akan dikembalikan.
9. Sebarang syarat yang ditetapkan adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak PPAAB.