
Institusi :
Kompleks Pendidikan Al-Amin Gombak
Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memenuhi kekosongan di PPAAB.
Syarat-Syarat Kelayakan Asas
Calon-calon hendaklah:
• Warganegara Malaysia
• Sihat tubuh badan/ Tidak merokok
• Berperibadi Muslim/Muslimah
• Lengkap Vaksinasi Covid-19.
• Mempunyai Lesen Memandu.
• Memiliki sekurang-kurangnya: Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang yang berkaitan.
Tugasan /Tanggungjawab:
1. Menyediakan poster, video dan bahan media bersesuaian.
2. Mengenal pasti sasaran pasaran (sedia ada dan baru) dan menganalisis trend pasaran semasa.
3. Mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta maklumat persaingan.
4. Merangka dan melaksanakan pelan strategik untuk memenuhi permintaan pelanggan serta menguruskan brand positioning.
5. Merancang dan mengurus aktiviti bagi mempromosi institusi pendidikan di bawah PPAAB menggunakan medium atau media sosial yang bersesuaian.
6. Memantau perkembangan aktiviti promosi dan memastikan pelaksanaan yang sesuai.
7. Membuat analisis berkala terhadap usaha pemasaran dan kempen yang telah dijalankan.
8. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Permohonan:
● Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang PPAAB di alamat http://my03.awfatech.com/alamin/sps/ecareer/workreg.php
● Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.