:
Kerjaya di Al-Amin
Share:

BERMINAT MENJADI GURU/ KAKITANGAN PUSAT PENDIDIKAN AL-AMIN BERHAD?

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memenuhi kekosongan di PPAAB. Berikut senarai jawatan kosong yang tersedia untuk ketika ini. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia.

1.  Eksekutif Media dan Pemasaran - klik untuk memohon

2.  Juruselenggara IT - klik untuk memohon

 

..............................................................................................................................................................

Kami mengalu-alukan calon guru yang berperibadi muslim/ muslimah, berdedikasi dan komited untuk menjadi sebahagian dari warga kami. Calon dialu-alukan memohon secara 'on-line' bila-bila masa walaupun tiada kekosongan buat masa ini. Permohonan calon akan disimpan dan dipanggil untuk temuduga jika ada kekosongan yang sesuai dengan kelayakan calon.

Syarat-syarat asas menjadi guru sekolah-sekolah di bawah PPAAB adalah seperti berikut:

  • Minimum Diploma untuk sekolah rendah dan Ijazah Sarjana Muda untuk sekolah menengah.
  • Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi guru.
  • 'Fresh Graduate' boleh cuba memohon dengan syarat telah memperolehi Ijazah/ Diploma.
  • Kemahiran berkomunikasi yang baik.
  • Berperibadi muslim/muslimah dan bersedia untuk melalui sistem tarbiyah Al-Amin.
  • Tidak merokok, jujur, amanah dan berdisiplin.
  • Warganegara Malaysia.
  • Sanggup bekerja di Gombak, Sungai Buluh ,Taman Keramat, Kuala Lumpur dan mana-mana cawangan Al-Amin.
  • Memperolehi kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM/ SPMV.
  • Antara fasiliti yang PPAAB tawarkan adalah Ganjaran Persaraan, Subsidi Haji/Umrah, Elaun Perubatan, Sumbangan Hospitalisasi, 
    Bonus Tahunan, Kenaikan Gaji Tahunan, Kemudahan Pinjaman Kakitangan Tanpa Faedah, Subsidi Sarapan/ Minum Petang dan 
    lain-lain tertakluk kepada 'Skim Perkhidmatan PPAAB'.

Permohonan boleh dibuat secara online dengan klik di SINI

*Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi bila ada kekosongan jawatan. Terima kasih.