Utama > KADAR SEWAAN

16-Jan-2020

PENDAHULUAN

Caj sewa dan sistem sewaan akan diseragamkan di Kompleks Al-Amin Gombak. Kos sewaan akan menampung kos selenggara, bil elektrik dan bil air yang semakin meningkat.

 

KADAR SEWA

 

 

SYARAT TAMBAHAN
1.

Program Kelab Kelas/ PIBG yang dianjurkan untuk pelajar/ guru-guru PPAAB sepenuhnya seperti program motivasi dan kelas tambahan tidak dikenakan sewa.

2.

Diskaun (tidak termasuk deposit) akan diberikan kepada organisasi berikut untuk program berkaitan dengan tujuan organisasi.

a. IKRAM/ PIBG/ Kelab Kelas: Diskaun 30% dari kadar di atas.

b. Alumni: Diskaun 20% dari kadar di atas.

3.

Pengguna Program yang bertujuan mendapatkan keuntungan peribadi(komersil) seperti tuisyen tidak akan diberikan diskaun walaupun diannjurkan oleh ahli IKRAM/ PIBG/ Kelab Kelas/ Staf.

4.

Tempoh sehari dikira kurang 20 jam. Penggunaan ruang dalam tempoh kurang 4 jam hanya dikenakan caj separuh dari kadar di atas.

5.

Deposit akan dikembalikan sekiranya tiada kerosakan terhadap harta benda sekolah dan kebersihan kekal ditahap memuaskan selepas selesainya program.

6.

Pakej sewaan: Jika lebih dari 3 ruang disewa serentak oleh organisasi/ individu yang sama dan kos sewaan melebihi RM 500, hanya RM 500/sehari dikenakan.