Anda berada di: Halaman Utama

Tabung Pembangunan Al-Amin

E-mail Cetak PDF
Perkembangan pendidikan di Al-Amin telah memberi kesan kepada permohonan kemasukan ke SMIAAG dengan bertambahnya bilangan permohonan. {Gambar: Surau Al-Amin}

Infrastuktur yang sedia ada sudah tidak berupaya untuk menampung bilangan pelajar yang lebih ramai. Satu kompleks yang baru diperlukan oleh SMIAAG. Kompleks ini akan diusahakan di atas kawasan bersebelahan iaitu di atas Lot 1078 dengan keluasan 90,000 kaki persegi. .  Dengan terbinanya kompleks baru ini, SRIAAG dan SMIAAG akan mempunyai premis yang berasingan. Bangunan SMIAAG yang ada sekarang akan dijadikan SRIAAG sepenuhnya. Ini akan membolehkan SRIAAG melaksanakan persekolahan satu sesi. Cadangan untuk memdapatkan premis yang lebih luas serta infrastuktur yang lebih mencukupi serta terkini menjadi agenda utama PPAAB bermula pada tahun 2001. Di atas beberapa masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, sehingga kini barulah tabung pembangunan ini dapat dilancarkan.

Tujuan

Tujuan utama  penubuhan tabung ini  adalah untuk mengumpul dana bagi  membolehkan PPAA membina satu kompleks yang baru bagi SMIAAG. Jumlah kutipan yang disasarkan adalah sebanyak RM10 juta. Pada masa ini yuran sekolah hanya mampu untuk menampung operasi sekolah dari segi pembayaran gaji guru dan kos pentadbiran. Untuk pembinaan ini,  ia memerlukan satu tabung bagi perbelanjaan yang agak besar.

Modus Operandi

Untuk menjayakan tabung ini, kebenaran dari pihak berkuasa telah diusahakan untuk memulakan kutipan . Kebenaran dari pihak JAIS telah diberi untuk menjalankan kutipan (No Kelulusan: JAI.Sel.BPM/01/44GB). Konsep WakafLot tanah yang berkaitan akan dipecahkan kepada setiap satu kaki persegi dan sebanyak 90,000 kaki persegi akan dibuka untuk waqaf dengan harga RM100.00 sekaki persegi. 

Sumbangan kepada Tabung Pembangunan Melalui Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah  bersetuju untuk bekerjasama dengan Tabung Pembangunan Al-Amin di mana pihak MAIPs akan menyumbangkan 50% dari kutipan zakat yang dibuat melalui Tabung Pembangunan Al-Amin kepada sekolah untuk pembangunan.  Setiap bayaran zakat akan diberikan resit rasmi dari MAIPs dan boleh digunakan sebagai rebat cukai pendapatan tahunan peserta.  Dengan ini, peserta tidak perlu mengeluarkan ‘extra’ kos disamping membantu Al-Amin.

Warga Al-Amin sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat menyertai skim ini dengan menghubungi kakitangan dibawah untuk maklumat lanjut:

Puan Habsah Abu Bakar

Tel: 03 61878125/61889873

Fax: 03 61878126

Sumbangan korporat dan perseorangan

Pihak Tabung juga amat mengalu-alukan sumbangan dari badan korporat mahupun perseorangan dalam membantu usaha murni ini.

Anggaran Perbelanjaan

Berikut adalah anggaran perbelanjaan 

1.  Bangunan:                         RM 7.0 juta

2.  Kerja tanah:                       RM 0.5 juta

3.  Kelengkapan sekolah:        RM 2.0 juta

4.  Surau:                                RM 0.5 juta               

           Jumlah                        RM 10  juta

Perkembangan Tabung Pembangunan Al-Amin

Sehingga kini, pihak Tabung telah berjaya mengutip hampir RM 1.5 juta (15% daripada sasaran kutipan). 

Pembinaan Surau

Alhamdulillah, dengan kutipan tersebut pihak Pusat Pendidikan Al-Amin telah berjaya mendirikan sebuah bangunan surau. Bangunan surau berkeluasan 676 meter persegi di tingkat bawah dan 288 meter persegi ditingkat atas mampu memuatkan sekurang-kurangnya 1,000 orang jamaah pada satu-satu masa. Pembinaan surau tersebut telah menelan belanja menghampiri RM700,000.00.   Alhamdulillah dengan terbinanya bangunan surau tersebut, pihak Sekolah Menengah telah dapat menambah sebanyak 2 bilik darjah, yang bermakna pihak Sekolah telah dapat mengmbil tambahan pelajar.

Alhamdulillah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada tuan/puan yang telah membantu sehingga terbinanya surau ini.