Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

PERMOHONAN MASUK TINGKATAN 1 MENINGKAT

PPAAB ingin meminta maaf kepada ibubapa yang tidak berjaya untuk mendaftar anak anak mereka ke Sekolah Menengah Islam Al Amin Gombak dan juga Sekolah Menengah Islam Al Amin Bestari D Merlimau. Permohonan
pada tahun ini sungguh diluar jangkaan kami dan kami tidak dapat menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Misalnya untuk sekolah di Gombak terdapat lebih 320 permohonan manakala sekolah boleh menampung hanya 160 pelajar dan di Merlimau permohonan lebih 90 pelajar dan sekolah hanya boleh menampung 69 pelajar.

Pihak PPAAB sungguh terharu dengan permohonan yang terlalu tinggi dan pihak Lembaga sedang memikirkan penyelesaian untuk tahun akan datang. Walaubagaimanapun pihak PPAAB mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan yang diberi kepada pihak PPAAB untuk menjalankan program pendidikan akademik serta tarbiyah kepada anak anak mereka selama ini dan peningkatan ini menunjukkan bahawa sistem ini telah mendapat kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat sekeliling.

Diatas sokongan dan dorongan masyarakat, pihak PPAAB akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kemudahan penambahan tempat untuk lebih ramai lagi pelajar.

Sekian terima kasih

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 111
Minggu Ini: 111
Bulan Ini: 1996
Bulan Kemarin: 2451
Total: 1069301

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884