Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

Perkembangan Tasawwur Islami & Pekerti Al Amin

Tahun 2008 merupakan tahun kedua PPAA melaksanakan peperiksaan matapelajaran Tasawwur Islami yang dikendalikan sepenuhnya oleh PPAA. Perubahan ini telah memperkenalkan Pekerti Al Amin bagi sekolah rendah sebagai mengantikan SPPM sebelumnya. Walaupun sudah masuk tahun kesembilan melaksanakan kurikulum Tasawwur Islami, sebilangan besar daripada warga PPAA masih tidak mendapat maklumat khususnya mengenai ciri-ciri utama Tasawwur Islami. Oleh kerana itu, PPAA ingin berkongsi ciri-ciri ini dengan harapan kurikulum ini akan dapat ditambah baikkan hasil dari maklumbalas dan sokongan semua untuk sama-sama menjayakannya. Berikut adalah ciri-ciri yang disenaraikan.

                    i)      Tiada pemisahan secara tradisi di antara mata pelajaran ‘aqidah, fiqh, sirah, dan akhlaq.

                    ii)     Memberi penekanan ke atas prinsip, konsep, dan hikmah dalam pengajaran dan pembelajaran.

                    iii)     Memperkukuhkan usaha untuk menanam kecintaan, penghayatan, dan ‘izzah kepada Islam.

                    iv)    Melahirkan shabab-du‘at yang berbekalkan dengan kemahiran-kemahiran untuk berdepan dengan cabaran  kontemporari

                           (melalui kelab, persatuan, usrah dan tarbiyah, serta shabab fatayat).

                    v)    Pentaksiran pelajar berdasarkan penulisan, lisan, amali, dan laporan dari guru dan ibubapa.   

Bahasa Arab : Memupuk Kecintaan dan Memartabatkannya

Penguasaan bahasa Arab khususnya di kalangan murid dan pelajar di PPAA masih di tahap yang sederhana. Usaha yang dilaksanakan sehingga ke hari ini masih belum mampu melonjakkan pencapaian bahasa Arab di PPAA dari segi penggunaannya dalam perbualan harian mahu pun pencapaian dalam peperiksaan. Satu usaha yang menyeluruh yang disokong oleh seluruh warga PPAA perlu digerakkan. LP PPAA  adalah dalam usaha untuk melihat kepada pelbagai alternatif serta menilai kelemahan dan kekuatan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sehingga ke takat ini. Kurikulum baru Bahasa Arab PPAA yang mula diguna pakai di sekolah rendah pada 2002 hanya mampu meletakkan pencapaian Bahasa Arab di sekolah rendah melebihi sedikit daripada pencapaian sekolah rendah Islam lain dalam rangkaian yang sama. Buat permulaan, PPAA ingin mengajak semua warganya untuk menghayati kelebihan Bahasa Arab dalam perkara-perkara berikut:  

i)        Susunan dan penggunaan Bahasa Arab dalam al Qur’an adalah sebahagian daripada mu’jizat nya iaitu i‘jaz al qur’an (the inmitability of al qur’an)

ii)      Untuk mendalami, menjiwai dan menghayati pengajaran dari al Qur’an, memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab dan bukan semata-mata

        bergantung kepada penterjemahannya sahaja.

iii)    Khazanah warisan intelektual Islam yang ditulis dalam bahasa Arab masih banyak yang belum diterjemahkan dan masih menunggu-nunggu orang Islam

       untuk menerokainya selain daripada orientalis yang lebih menampakkan kesungguhan mereka dengan agenda tersendiri.

iv)   Allah SWT telah memberi jaminan akan mempermudah dan mengandakan ganjaran bagi yang berusaha untuk mendalami bahasa Arab.

Klik untuk nota....

 -Nor Zalmiah Jahidin-

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 18
Minggu Ini: 471
Bulan Ini: 1598
Bulan Kemarin: 1421
Total: 1059372

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884