Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Articles

PANDANGAN ALAM DAN PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam bertujuan untuk membekalkan murid dan pelajar dengan pandangan alam yang sahih. Pandangan alam yang sahih akan membimbing mereka dalam menentukan arah tuju kehidupan di dunia yang inshÉAllah akan membuahkan kebahagiaan di akhirah. Pandangan alam yang sahih berkisar di sekitar pemahaman dan penghayatan sebenar tentang hakikat Allah SWT, kenabian, kehidupan manusia, dan kehidupan di Akhirah. Pandangan alam Islam yang merangkum perkara-perkara utama ini menjadi benteng yang kukuh untuk menepis segala macam kecelaruan serta kekeliruan yang terhasil dari pandangan alam Barat yang berjaya menguasai pemahaman dan pemikiran sebilangan besar Ummah hari ini. Kefahaman hari ini tentang agama; ilmu; adab dan pendidikan; sains dan teknologi; serta tradisi, kemodenan, dan pembangunan rata-rata dicorakkan oleh pandangan alam asing ini yang telah berjaya menguasai kerangka pemikiran manusia. Satu ‘philosophical program’ yang berlaku secara senyap ini telah menghasilkan nilai, budaya, pemikiran, dan malah pegangan yang asing di kalangan generasi Muslim hari ini.     

Oleh kerana itu, sistem pendidikan hari ini terutama pendidikan tinggi mesti mengambil tanggung jawab untuk menanam kefahaman sebenar tentang pandangan alam Islam yang akan membentuk generasi masa hadapan. Ini hanya boleh berlaku sekiranya penggerak dan pendokong sesebuah sistem pendidikan mengambil langkah untuk mereorientasikan:

i)                    Falsafah

-          usaha pendidikan yang menyeluruh, seimbang, dinamik dan berterusan

-          bersandarkan prinsip dan konsep taÎawwËr al-Islam yang terkandung dalam al-Qur’ Én dan al-Sunnah.

-          membangun seluruh potensi insan : jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial

-      menjadi ‘abd dan khalÊfah : mengabdikan diri kepada Allah SWT dan memberi khidmat kepada alam dan ummah menurut bidang yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

-          mewujudkan kesejahteraan di dunia dan mencapai kebahagian di akhirah.

ii)                  Matlamat – melahirkan insan ÎÉliÍ wa muÎliÍ

iii)                Kurikulum

-          ada kesepaduan : menyediakan dua aliran  kurikulum yang bukan sahaja terdiri daripada ilmu ‘aqli dan ilmu naqli secara selari tetapi memastikan ada usaha untuk menyepadukan antara kedua-duanya. Usaha ini bermaksud kurikulum ilmu naqli dan aplikasinya diterjemahkan ke dalam suasana yang berubah-ubah manakala kurikulum ilmu ‘aqli dan penyampaiannya diolah supaya menepati pandangan alam Islam

-          bersifat inter dan multi disiplin – menekankan kepada proses berbanding kronologi

-          tiada pemetakkan yang ketara kecuali untuk pengkhususan (pengajian tinggi) untuk mendapatkan fahaman kesyumulan, dinamika dan getaran Islam serta mengelak dari pertindihan dari pengulangan.

-          FarÌ ‘ayn : berkembang selari dengan tahap umur, kematangan, pemikiran, kedudukan, status, dan pertanggungjawaban. ini bermakna ianya tidak terhenti di peringkat menengah.

-          FarÌ KifÉyah : al qiamu bifarÌi al-kifÉyah ahammu min farÌ al-'ayn - jika sekiranya menegakkan farÌ kifÉyah itu lebih penting, maka mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan adalah dituntut dan menjadi farÌ 'ayn bagi yang boleh memenuhinya (dialah satu-satunya yang dipertanggungjawabkan dalam bidang itu).

iv)                pengajaran dan pembelajaran

-          menyerlahkan hikmah serta melahirkan ‘izzah berbanding fakta: pendedahan kepada prinsip dan konsep seperti yang diterjemah dalam kehidupan al-Rasul SAW dan para sahabah.

-          kreatif, inovatif dan kritis (perlu dapat membezakan antara pemikiran dan prinsip yang kekal

-          penghafalan diutamakan kepada nas dan dalil sahaja.

v)                  penilaian dan pentaksiran

-          menyeluruh : kognitif, afektif dan psikomotor

        : formatif dan summatif

       : di dalam dan di luar institusi

        : kumpulan penilai : guru/pensyarah, ibubapa/penjaga, rakan

          sebaya/kuliah

-          pemikiran tahap tinggi diperbanyakkan (kenapa, mengapa, dan bagaimana)

-          mempraktikkan muhasabah, muraqabah, dan iÍsÉn.

vi)                pendidikan guru

-          kurikulum pendidikan guru bersifat integrated : ilmu pendidikan moden diintegrasikan dengan amalan dan falsafah pendidikan ilmuan Islam terdahulu seperti epistemologi, dan falsafah pendidikan al Farabi; epistemologi, falsafah, psikologi pendidikan Ibn Sina; epistemologi, falsafah, psikologi, dan methodologi pendidikan al Ghazali; epistemologi, falsafah dan methodologi pendidikan Ibn Khaldun dan lain-lain.

-          guru sebagai mu’addib (terkandung di dalamnya murabbi, dan mu‘allim)

-          tugas mendidik adalah sumbangan khidmat kepakarannya untuk membangun ummah dan peradaban.

Produk sistem pendidikan hari ini dituntut supaya bukan sahaja mempunyai kemantapan aqidah serta mempamerkan sahsiah Islam tetapi mampu mengutarakan pemikiran yang boleh mengolah dan menterjemah dalam kerangka Islam bersandarkan pandangan alam Islam yang dikuasainya. Lebih daripada itu, mereka mesti berupaya untuk mengaplikasi dan mentranslasi prinsip dan konsep Islam secara kreatif dan inovatif dalam suasana yang berubah-ubah. Kaedah dan teknik pembelajaran terutamanya pengajian Islam perlu menyimpang jauh dari kaedah tradisi yang mementingkan penghafalan dan meluahkan kembali teks-teks yang dihafal. Imaginasi dan intelektual sepatutnya diberi kuasa penuh untuk melaksanakan ijtihad. Sistem Pendidikan Islam mesti mampu menyediakan asas bagi generasi pelapis untuk menjadi faqih yang boleh menangani cabaran dunia kontemporari dan  scientists/specialists generasi  baru yang mantap ilmu naqliahnya.   Selaras dengan ini, sistem pendidikan Islam perlu mengambil kira semua aspek yang di sentuh di atas jika pendokong gerakan Islam benar-benar berhasrat untuk melihat Islam menjadi rahmat li’l ‘alamin.

Disediakan oleh:

Dr. Hajah Nor Zalmiah bt Jahidin

Ahli Lembaga Pengelola PPAA

Bahagian Kurikulum

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 57
Minggu Ini: 57
Bulan Ini: 1910
Bulan Kemarin: 2419
Total: 1064363

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884