Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

JAWATAN KOSONG : AL-AMIN EDU OASIS

 

Assalamualaikum wbt

 

Al Amin Edu Oasis (AAEO) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami. Maklumat kekosongan adalah seperti berikut :

 

Nama Jawatan  : Eksekutif Latihan dan Pembangunan Modal Insan

Taraf jawatan    : Tetap

Lokasi               : Taman Melawati, Kuala Lumpur

 

Syarat permohonan:


1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan/ Pentadbiran/ Sumber Manusia/ Pemasaran/ Perakaunan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau swasta; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
2. Cekap menggunakan aplikasi Adobe Photoshop;
3. Berpengetahuan mengendalikan website Jomlaa;
4. Mahir berbahasa Inggeris;
5. Memiliki kenderaan sendiri;
6. Dinamik, proaktif dan boleh bekerja dalam kumpulan.

 

Skop kerja:


1. Merangka modul program dan kertas kerja latihan, kursus dan pengurusan acara;
2. Menganjurkan dan mengendalikan latihan, kursus dan pengurusan acara;
3. Menyediakan poster dan membuat pemasaran bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang akan dijalankan;
4. Menghebahkan maklumat kursus dan latihan kepada sasaran peserta;
5. Menyediakan laporan bagi setiap latihan, kursus dan pengurusan acara yang dianjurkan;
6. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan penuh beretika.

 

Jika berminat, sila hantar resume anda ke: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  SEBELUM 27 JANUARI 2017 (JUMAAT).

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Husni Hanis di talian: 03-4105 3703.

 

Senarai pendek akan dihubungi untuk panggilan temuduga.

 

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

 
 

Statistik Pengunjung

Hari ini: 18
Minggu Ini: 471
Bulan Ini: 1598
Bulan Kemarin: 1421
Total: 1059372

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884