Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Pengenalan PPAAB

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB) adalah syarikat berhad menurut jaminan dan tidak mempunyai modal saham. PPAAB telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 516095 A dengan rasminya pada 6hb Jun 2000. Objektif utama penubuhan PPAAB secara amnya adalah untuk memperkasakan kualiti pendidikan islam di Malaysia dan secara khasnya adalah sebagai pemegang amanah tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin. PPAAB bertanggungjawab antaranya melantik Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin dan memastikan penyata kewangan disediakan untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan syarikat menurut peruntukan Akta Syarikat 1965. PPAAB telah melantik Puan Nor Aziah bt Yaacob (LS 0008250) dari Massa Consulting House Sdn Bhd sebagai setiausaha syarikat dan JS Associates (AF -1455) sebagai juruaudit tahunan.

Penubuhan SRIAAKL pada tahun 1986 telah mencipta rekodnya tersendiri. Ini adalah kerana SRIAAKL menjadi perintis dalam memperkenalkan satu kurikulum yang bersepadu di Malaysia. Berbekalkan keazaman bagi mewujudkan satu sistem pembelajaran yang berupaya untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai personaliti yang bersepadu, Lembaga Pengelola Al Amin Perintis bersetuju untuk menawarkan kurikulum nasional dan kurikulum ilmu syariah dalam satu sesi persekolahan. Sambutan dan sokongan padu daripada ibubapa khususnya yang begitu prihatin terhadap pendidikan yang menjamin kesejahteraan anak-anak mereka di dunia dan akhirat telah menjadi pemangkin untuk perkembangan sistem pendidikan bersepadu ini seterusnya. Oleh kerana itu, lahirlah SRIAAG pada tahun 1993 dan seterusnya SMIAAG pada tahun 1991.

Justeru, penubuhan PPAAB adalah bertujuan untuk memantap dan seterusnya memperkasakan Sistem Pendidikan Islam Bersepadu ini ke tahap yang lebih kompeten dan profesional. Seiring dengan misi Pusat Pendidikan Al Amin (PPAA) iaitu untuk melahirkan pelajar salih wa muslih, adalah amat diharapkan agar institusi pendidikan PPAAB dapat melahirkan tunas-tunas intelektual Islam yang faqih dan muttaqi.

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Statistik Pengunjung

Hari ini: 18
Minggu Ini: 471
Bulan Ini: 1598
Bulan Kemarin: 1421
Total: 1059372

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6178 0884