Deutschland online bookmaker http://artbetting.de/bet365/ 100% Bonus.

Kenyataan Media

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
SOKONG PERUNTUKAN BAJET 2019 KEPADA SAR DAN SEKOLAH AGAMA SWASTA
22 November 2018/ 14 Rabiul Awwal 1439H

Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad mengalu-alukan dan menyokong penuh hasrat Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan peruntukan kepada SAR dan sekolah agama swasta seperti yang telah dinyatakan oleh YB Menteri semalam.


Sekolah-sekolah agama swasta telah lama dibiarkan tanpa sebarang peruntukan daripada pihak kerajaan sedangkan kewujudan sekolah-sekolah ini telah banyak memberi sumbangan pendidikan kepada anak bangsa dalam menyokong penuh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Sekolah swasta juga telah menaikkan nama negara apabila mereka juga terlibat dalam pertandingan peringkat antarabangsa dalam pelbagai acara dan program.  Ada sekolah yang sudah puluhan tahun wujud dan sudah melahirkan modal insan yang berbakti kepada negara. Selain daripada itu, sekolah swasta ini telah dapat menjimatkan wang kerajaan dari segi pembinaan infrastruktur, peralatan, gaji guru dan buku teks.


Kewujudan sekolah agama swasta dengan hanya dibiayai oleh yuran sekolah tidak dapat menampung sepenuhnya keperluan sekolah. Adalah amat wajar sekali peruntukan juga diberi kepada sekolah-sekolah ini.  


Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad sekarang mempunyai 5 buah milik sendiri dan 5 buah lagi secara usahasama. Bilangan pelajar kini mencecah lebih 3,000 orang dengan bilangan guru dan kakitangan melebihi 300 orang. Dengan kewangan yang terhad, kami masih lagi mempunyai infrastruktur jauh dari mencukupi serta gaji guru yang rendah berbanding guru kerajaan. Sudah tentu keadaan ini mempunyai kesan terhadap pembelajaran di sekolah.  Ibu bapa murid-murid sekolah swasta juga merupakan pembayar cukai kepada negara dan sewajarnya peruntukan yang diterima sekolah daripada kerajaan adalah adil.


Dengan peruntukan yang diberi nanti sudah tentu ianya banyak membantu kecemerlangan pendidikan negara.
Kami menanti-nanti berita gembira seterusnya.

 

Tn Hj Shaharom Md Shariff
Pengerusi Lembaga Pengelola
Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Tel Bimbit: 013-3450000

Download Template Joomla 3.0 free theme.

Berita Lain

 
 
9549749
Today
Yesterday
This Week
Last Month
All days
4147
3560
4147
191248
9549749

Your IP: 35.172.201.102

Hubungi Al-Amin

Hubungi Kami untuk sebarang soalan atau pertanyaan.

  • Hot line: 03-6179 0884